widget

Himpunan binatang ternak negara

Himpunan binatang ternak negara
“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

~ demikianlah statment 2 org pegawai khas Najib yg tidak langsung mengenali An-Tantuya dan cuma patuh arahan bosnya sahaja.
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/07/tutorial-3-cara-buat-tab-menu-navbar.html#ixzz1gx8cEfss Under Creative Commons License: Attribution

Wednesday, 22 February 2012

"Pertama, Batu Empat bukan berada dalam kawasan bahagian pilihan raya saya,"~ Hisyam

Best Blogger Tips
Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein hari ini terus menafikan bahawa serangan ke atas ahli PKR minggu lalu berlaku di kawasan parlimennya. 
 
"Pertama, Batu Empat bukan berada dalam kawasan bahagian pilihan raya saya," katanya pada sidang akhbarnya di Putrajaya.

"Saya tidak tahu kenapa mereka terus sebut Sembrong. Ceramah itu bukan diadakan di sana," kata Hishamuddin.
NONEAhad lalu, ceramah PKR di Jalan Mersing, Sembrong diganggu oleh penduduk tempatan yang didakwa ahli Umno. Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah.

PKR mendakwa pada kejadian itu, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ.

Antaranya, mereka didakwa membuat bising dan menjerit-pekik dan membuat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motorsikal, air horn dan siren.

Menjawab soalan mengenai perkara itu, Hishamuddin berjanji bahawa polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab.
NONE"Saya difahamkan laporan polis telah dibuat, dan bagi saya, sesiapa yang bersalah tetap bersalah.

"Mereka yang bersalah akan menghadapi tindakan undang-undang di mahkamah," kata ahli parlimen Sembrong itu.

Menurut beliau perkara itu adalah mudah dan tidak sepatutnya dipolitikkan hanya kerana ia dikatakan berlaku berhampiran kawasan parlimennya.

"Mengapa fokus pada Sembrong? Tanya diri awak mengapa di sana?" kata Hishammuddin.

Pada serangan Ahad lalu, selain kereta Anwar dipecahkan, seorang dilaporkan cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik manakala seorang lelaki tua cedera dibaling kayu dan bendera PKR dibakar.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment