widget

Himpunan binatang ternak negara

Himpunan binatang ternak negara
“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

~ demikianlah statment 2 org pegawai khas Najib yg tidak langsung mengenali An-Tantuya dan cuma patuh arahan bosnya sahaja.
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/07/tutorial-3-cara-buat-tab-menu-navbar.html#ixzz1gx8cEfss Under Creative Commons License: Attribution

Wednesday, 29 February 2012

Pengajaran buat LYNAS ~ Kesan Kimia : Seorang Pekerja Kilang Kertas MNI Yang Di Bantah "Penduduk Temerloh" Meninggal Dunia !!

Best Blogger Tips

Kesan Kimia : Seorang Pekerja Kilang Kertas MNI Yang Di Bantah "Penduduk Temerloh" Meninggal Dunia !!

TEMERLOH, 1 Mac - Beberapa tahun lalu, ketika Kerajaan Negeri Pahangberiya-iya untuk membawa masuk kilang kertas Malaysian Newsprint Industries (MNI) ke Kawasan Perindustrian Temerloh dekat sini, ramai rakyat yang membantahnya. Ini kerana mereka gusar tindakan kilang terbabit mengalirkan bahan kimia buangan ke Sungai Pahang yang boleh menyebabkan risiko kesihatan kepada penduduk sekitar. Bantahan penduduk ketika itu langsung tidak diendahkan oleh pihak kerajaan. Apa yang penting ialah membawa masuk pelaburan demi keuntungan. Akhirnya berbagai laporan diterima tentang masalah hidupan air tawar di sepanjang sungai sekitar Temerloh. Namun, dek kerana ia tidak dihebahkan maka kes itu dianggap terpencil. Namun, tiba-tiba semalam PDO dikejutkan dengan berita seorang pekerja kilang terbabit meninggal dunia akibat masalah kesihatan yang dihadapi gara-gara terdedah kepada bahan kimia berbahaya dari kilang terbabit. Rata-rata pekerja kilang itu kini gusar dengan tahap kesihatan mereka selepas kejadian menimpa salah seorang rakan mereka iaitu Arwah Omarruddin Mohd Baki (foto bawah). Beliau meninggal dunia selepas disahkan mengidap penyakit barah tulang yang dipercayai akibat terdedah kepada keracunan bahan kimia terbabit. Arwah meninggal dunia pada 27 Februari lalu, selepas sekian lama menderita penyakit terbabit. Malah difahamkan, kini ada empat orang lagi pekerja kilang terbabit mengalami simptom yang sama seperti arwah. Perkara ini akan disiasat sepenuhnya, dan pihak kami menggesa Pemantauan dan ciri-ciri keselamatan kilang terbabit hendaklah dipertingkatkan supaya tidak ada lagi kes keracunan kimia secara terbuka terjadi. MNI perlu fikirkan juga soal kesihatan dan buakan sekadang mengejar kepentingan keuntungan semata-mata. Difahamkan juga, Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Dato' Sharkar Samsuddin ada melawat ke rumah mangsa pada awal Januari lalu. Ketika itu mangsa masih terlantar akibat penyakit yang telah dialaminya.

Inilah dia pintu masuk ke kilang kertas MNI yang dibantah rakyat dulu

Ketua UMNO Temerloh, Dato' Sharkar ada melawat mangsa Januari lalu

[Dengan perkembangan terbaru ini, maka tidak syak lagi apa yang dijanjikan oleh kerajaan dan pakar-pakar berkaitan tahap keselamatan kilang terbabit beberapa tahun yang lalu, kini menjadi kenyataan. Malah, para pekerja MNI kini mula dibelenggu dengan perasaan takut untuk berhadapan dengan risiko yang bakal mereka hadapi. Jika dulu, kerajaan persetankan bantahan rakyat maka kini segalanya menjadi kenyataan. Risiko keselamatan dan kesihatan sudah mula menghantui penduduk dan pekerja kilang terbabit. Inilah juga yang terjadi kepada para penduduk di Bukit Koman, Raub yang menentang penggunaan racun Cyanide di Australian Raub Gold Mining Sdn Bhd dan juga warga Kuantan yang menentang pembinaan kilang memproses rare earth Lynas Corporation sekarang ini. Apakah kerajaan sedar semua ini?. Maka itu, berpijakah di bumi yang nyata bahawa jangan biarkan rakyat hidup dalam risiko. Maka, wajarlah rakyat terus bangkit menentang kilang terbabit itu sebenarnya!].
PDO
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment